Tuesday, 24 October 2017

Adab Menziarahi Jenazah

ADAB MENZIARAHI JENAZAH


Assalamualaikum warahmatullah,

Firman Allah SWT yang bermaksud, “…setiap jiwa itu akan merasai mati..” (Surah ali-Imran, ayat 185). Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang bermaksud, “Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati).”

Menziarahi jenazah bukanlah agenda yang selalu kita lakukan sehari-hari. Oleh itu, adalah normal jika kadang-kadang kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya, dalam ajaran Islam, terdapat adab-adab untuk setiap yang kita kerjakan, termasuklah adab-adab menziarahi jenazah. Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156).


ADAB-ADAB MENZIARAHI JENAZAH

  • Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan,

Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”

  • Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan  di dalam hadis yang bermaksud,
Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)

  • Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahu warhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
  • Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
  • Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
  • Disunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan.
KEPENTINGAN MENZIARAHI JENAZAH
  •    Dapat mengekalkan dan mengeratkan persaudaraan dan silaturrahim
  •    Sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah
  •    Untuk mengurus jenazah dan melakukan perkara-perkara wajib ke atasnya

GARIS PANDUAN DAN ADAB MENZIARAHI JENAZAH ISLAM
  •    Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah
  •    Menunaikan solat jenazah
  •    Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian
  •    Melahirkan perasaan dukacita kepada waris diatas kembalinya ke rahmatullah
  •    Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan duka cita keluarga jenazah
  •    Mengingatkan jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah
  •    Mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah tidak melebihi tiga hari
  •    Disunatkan membanyakkan membaca al-quran dan berdoa sebelum jenazah    dikebumikan

PERKARA YANG TIDAK BERADAB KETIKA MENZIARAHI JENAZAH ISLAM
  • Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung
  • Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu
  • Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat    jenazah atau bergurau senda

    HIKMAH BERADAB KETIKA MENZIARAHI JENAZAH

  •  Untuk menunjukkan umat Islam sedar bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti  datang dan ia adalah ketentuan Allah
  • Sebagai tanda hormat kepada jenazah dan keluarganya



Nama ahli kumpulan :


NURUL LIYANA BINTI ROSLAN  
NURUL SHAZANA BINTI MAT SOBRI
TEW KE CHING
NUR HADIRAH BINTI OMAR
NUR ADILAH BINTI JOHARI











No comments:

Post a Comment

MUNAFIK

Pendahuluan :  Secara bahasa, kata Munafik berasal , (نَفَقَ) Nafaqa kata dari mengandung yang) نِفَاقًا) Nifaqon arti Mengadakan, me...