Tuesday, 31 October 2017

MUNAFIK



Pendahuluan : 

Secara bahasa, kata Munafik berasal ,(نَفَقَ) Nafaqa kata dari mengandung yang) نِفَاقًا) Nifaqon arti Mengadakan, mengambil bagian dalam, membicarakan sesuatu yang dalam pandangan keagamaan. Pengakuannya dari satu orang berbeza-beza dengan yang lainnya. Adapun dalam pengertian syara’ , Munafik adalah orang yang lahirnya beriman padahal hatinya kufur.

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK 

Ciri-ciri orang munafik sangat banyak ter sebut didalam al Qur ’an, dan Rasulullah SAW juga menyebutkan sebagian diantaranya guna memper ingatkan umatnya dari ciri-ciri ter sebut, jangan sampai mereka ter jatuh kedalamnya sehingga mereka akhi rnya menjadi
 mirip seperti mereka. Padahal sungguh Nabi Sallallahu ‘alaihi was salam telah menyatakan bahwa barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum tersebut. 

DIANTARANYA CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK YANG DIJELASKAN DALAM 
A L - QURAN :

Bermuka Dua


  • Bermuka dua adalah ciri orang yang membentuk penampilan lahiriyah dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hati nuraninya.
  •  Misalnya : seseorang mungkin memberikan kesan per sahabatan dan kaSih sayang serta bersikap tulus dan simpati , padahal dalam hatinya ia menyembunyikan perasaan yang sebaliknya. 



Berlidah Dua 

  • Berlidah dua adalah sifat orang yang memuji dan menjunjung orang lain ketika ia berhadapan dengannya, tetapi mencela dan mengumpatnya bila ia tidak ada. 

 Berdusta 

  • Berdusta atau berkata bohong merupakan ciri-ciri kemunafikan yang sangat menonjol.
  •  Orang yang munafik selalu berkhianat, tidak dapat dipercaya atas segala apapun yang diamanatkan kepadanya, berdusta apabila berbicara, dan tidak dapat dipercayai setiap perkataan yang keluar dari penuturannya. 


Sumpah Palsu 


  • Orang-orang munafik tidak segansegan ber sumpah pal su untuk menguatkan kebohongankebohongan yang mereka lakukan, sumpahnya hanya sebagai perisai untuk menyelamatkan diri .




 KESIMPULAN 

  • Sifat munafik harus kita jauhkan dari lingkungan rumah. Terhadap anggota keluarga lain harus membiasakan untuk berlaku dan berkata jujur. Sekali kita berbohong, kita akan terus berbohong untuk menutupi kebohongan yang telah kita lakukan. Selain itu, jika kita mengucapkan janji kepada anggota keluarga atau terhadap sesuatu, harus kita tepati janji ter sebut. Jika kita mendapat suatu kepercayaan dari anggota keluarga kita, kita harus menjaga kepercayaan tersebut dengan sebaikbaiknya. Misalnya, bapak dan ibu hendak pergi ke luar kota dan kamu mendapat kepercayaan untuk menjaga rumah, kamu harus menjaga rumah dengan sebaik-baiknya. 



  • Dengan kita memperhatikan hadis tentang ciri-ciri orang munafik di depan, tampaknya kita harus sangat hati-hati dalam segala ucapan dan tindakan. Ketika kamu berbicara, berhati-hatilah. Jangan sampai katakata yang kamu ucapkan dusta, sebab dusta itu termasuk ciri-ciri nifak. Begitu juga jika kamu berjanji , berhati-hatilah. Jangan sampai kamu mengingkarinya karena ingkar janji juga dapat menjerumuskanmu ke jurang kemunafikan. Berhati-hatilah juga dalam menjaga kepercayaan orang lain. Jangan sekali-kali kamu berbuat curang atau berkhianat sehingga tidak dipercaya lagi oleh orang lain. 




PENYIARAN ISLAM SEBAGAI MEDIUM DAKWAH






















Tuesday, 24 October 2017

Adab Menziarahi Jenazah

ADAB MENZIARAHI JENAZAH


Assalamualaikum warahmatullah,

Firman Allah SWT yang bermaksud, “…setiap jiwa itu akan merasai mati..” (Surah ali-Imran, ayat 185). Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang bermaksud, “Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati).”

Menziarahi jenazah bukanlah agenda yang selalu kita lakukan sehari-hari. Oleh itu, adalah normal jika kadang-kadang kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya, dalam ajaran Islam, terdapat adab-adab untuk setiap yang kita kerjakan, termasuklah adab-adab menziarahi jenazah. Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156).


ADAB-ADAB MENZIARAHI JENAZAH

  • Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan,

Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”

  • Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan  di dalam hadis yang bermaksud,
Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)

  • Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahu warhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
  • Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
  • Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
  • Disunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan.
KEPENTINGAN MENZIARAHI JENAZAH
  •    Dapat mengekalkan dan mengeratkan persaudaraan dan silaturrahim
  •    Sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah
  •    Untuk mengurus jenazah dan melakukan perkara-perkara wajib ke atasnya

GARIS PANDUAN DAN ADAB MENZIARAHI JENAZAH ISLAM
  •    Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah
  •    Menunaikan solat jenazah
  •    Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian
  •    Melahirkan perasaan dukacita kepada waris diatas kembalinya ke rahmatullah
  •    Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan duka cita keluarga jenazah
  •    Mengingatkan jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah
  •    Mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah tidak melebihi tiga hari
  •    Disunatkan membanyakkan membaca al-quran dan berdoa sebelum jenazah    dikebumikan

PERKARA YANG TIDAK BERADAB KETIKA MENZIARAHI JENAZAH ISLAM
  • Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung
  • Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu
  • Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat    jenazah atau bergurau senda

    HIKMAH BERADAB KETIKA MENZIARAHI JENAZAH

  •  Untuk menunjukkan umat Islam sedar bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti  datang dan ia adalah ketentuan Allah
  • Sebagai tanda hormat kepada jenazah dan keluarganya



Nama ahli kumpulan :


NURUL LIYANA BINTI ROSLAN  
NURUL SHAZANA BINTI MAT SOBRI
TEW KE CHING
NUR HADIRAH BINTI OMAR
NUR ADILAH BINTI JOHARI











MUNAFIK

Pendahuluan :  Secara bahasa, kata Munafik berasal , (نَفَقَ) Nafaqa kata dari mengandung yang) نِفَاقًا) Nifaqon arti Mengadakan, me...